- Jangan tinggal solat.
Kerana
solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah
tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan
negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya.
Selagi ia diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat
juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi
Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di
masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih
darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.
- Sering-seringlah menziarah kubur ibu.
Menziarah
kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin
menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu
akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya
berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang
mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah
orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita
akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat
bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan
berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu
beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di
dunia.
- Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta.
Harta
dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang
dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta
dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang
paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.
- Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid.
Ilmu
tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut
oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya
upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi
kita akan datang supaya ia kekal hingga hari akhirat.
- Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan.
Tiada
apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat
adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan
walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu
daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang
disedekahkan.
- Jangan abaikan pendidikan keluarga.
Pendidikan
adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang
yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih
dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang
beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja.
Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan
beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati
lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.
Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ia menuntut kepada pengorbanan
masa, tenaga dan wang ringgit.
"Siapa
yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan
pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di
dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (ﻳﻔﻘﻬﻪ ﻓﻲ اﻟﺩﻳﻦ).
- Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain.
Jika
hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih
afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat
lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ia pasti dapat
menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.