LATAR BELAKANG

Diberi nama sebagai Mohamad Asik Bin Hussin... dilahirkan di Kampung Jalan Gula, Simpang Empat, Semanggol, Perak. membesar di Felda Papulut dan seterusnya berhijrah mengikuti keluarga ke Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak... menerima pendidikan awak di Sekolah Kebangsaan Sg. Pinang, Jln gula sehingga darjah tiga sebelum bertukar ke Felda Papulut sehingga sekolah menengah. kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Tun Saban, Pengkalan Hulu hingga ke tingkatan tiga... kemudian melanjutkan pengajian ke sekolah menengah agama di negeri kedah...mengambil peperiksaan SPM di sekolah berkenaan sebanyak dua kali... namun erti kegagalan tidak pernah ada dalam diri ini untuk terus berjaya... akhirnya digagahi untuk meneruskan pengajian di sekolah pondok di negeri kelantan. dalam pada itu bidang akademik tidak ditinggalkan begitu sahaja... mengambil peperiksaan SPM untuk kali ketiga dan ..alhamdulillah berjaya... seterusnya memohon untuk mengikuti kursus perguruan dan diterima oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta ditempatkan di Maktab Perguruan Islam, Bangi pada tahun 2000-2002.

Tiada ulasan: