Assalamualaikum...
Bayi ini merupakan anak keduaku yang diberi nama Muhammad Ameen Rifqee. Dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, seberat 3.1 kg. Gambar ini dirakamkan pada hari kedua usia bayiku ini. Bersyukur kerana diberi rezeki zuriat ini. Mudahan Bayi ini suatu hari nanti akan menjadi seorang Ulama' Islam yang hebat bagi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Insya'Allah.... amin...
DUNIA INI PENUH DENGAN PANCAROBA YANG HARUS DITURUTI DENGAN LIKU-LIKU KEHIDUPAN DALAM KEADAAN GELAP GELITA... NAMUN JIKA DISULUH DENGAN CAHAYA ILMU, IMAN DAN AMAL... SUDAH PASTILAH IANYA AKAN BERSINAR...INSYA'ALLAH...
Khamis, 13 Mei 2010
Selamat Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang ada di Malaysia dan juga kepada bakal guru... terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik aku menjadi insan yang dapat mencurahkan ilmu kepada anak bangsa juga. tidak terlintas untuk diriku menjadi seorang guru... takdir menentu segalanya... AlHamdulillah... kini aku adalah seorang guru yang menabur bakti kepada anak-anak orang asli kaum temiar... aku bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini... buat bakal guru yang akan menempuh persada guru ini berharap dapat menabur bakti kepada anak-anak murid kalian kelak... tidak kira di mana anda ditempatkan... kepada rakan-rakan seperjawatan tingkatkan kualiti pengajaran anda, moga-moga segala usaha kita selama ini yang bergelar guru akan menjadi pendorong kepada anak-anak kita di masa hadapan...berbicara tentang guru memang tiada kesudahannya... pahit manis insan yang bergelar guru ini tidak pernah padam di mata dunia... berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi... "selamat Hari Guru" kepada semua...
Isnin, 10 Mei 2010
teruja
untuk kali ini membicarakan tentang satu kisah yang amat terharu dengan apa yang telah berlaku ke atas seorang pemuda yang sanggup untuk menerangkan serta menegakkan kalimah Allah, tentang perbahasannya terhadap seorang gadis melayu Athiest... yang tiada pegangan agama... kisah ini rasanya telah lama berlaku, tetapi aku baru sahaja mengetahunya melalui kiriman email... bagaimana seorang yang menceburi bidang sains boleh menjawab pertanyaan gadis tersebut yang merupakan persoalan berkaitan dengan aqidah... teringin sangat aku nak jumpa dengan pemuda tersebut... apa-apa pun aku amat berbangga dengan beliau... mungkin satu hari nanti pasti allah ketemukan aku dengan pemuda tersebut... insya'Allah...
minda pagi
Awal perhimpunan di SKC, berkaitan dengan penyalahan gunaan dadah. penerangan telah diberikan oleh Cikgu Bob kepada murid-murid. Murid-murid orang asli perlu didedahkan dengan pengetahuan yang mendalam berhubung dengan penyalah gunaan dadah ini. Walaupun mereka tidak dapat memahami apa yang diperkatakan oleh Cikgu Bob selaku penceramah pagi ini... ini dapat diterjemahkan ke dalam bahasa temiar oleh Cikgu Bob sendiri. mudahan anak murid orang asli akan terus maju kehadapan dan mencetuskan idea baru dikalangan mereka...
Ahad, 9 Mei 2010
syukur
بسم الله الرحمن الرحيم
Al Hamdulillah... segala puji hanya bagi Allah ... yang mentadbir alam ini... bersua untuk kali pertama blog ini dicipta... hanya sekadar untuk bertukar-tukar pendapat.. antara kawan2 dengan yang lain... mudahan ianya menjadi satu titik permulaan dalam menguasai dunia ict... ke arah menegakkan kalimah yang maha Agung... insya'Allah
Al Hamdulillah... segala puji hanya bagi Allah ... yang mentadbir alam ini... bersua untuk kali pertama blog ini dicipta... hanya sekadar untuk bertukar-tukar pendapat.. antara kawan2 dengan yang lain... mudahan ianya menjadi satu titik permulaan dalam menguasai dunia ict... ke arah menegakkan kalimah yang maha Agung... insya'Allah
Langgan:
Ulasan (Atom)
